Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi SMK SANZAC di MUIS

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pada hari ini, 3 Julai 2019, Koperasi SMK SANZAC Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan 2017/2018 berjumlah RM3480 kepada Pejabat Majlis Ugama Islam Sabah. Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC, Puan Hajah Noraini binti Abdullah mewakili Koperasi SMK SANZAC bagi penyerahan zakat perniagaan ini. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Ahli Jawatankuasa Koperasi SMK SANZAC, En. Sapri bin Lakim,  Puan Suriani Hashim, Puan Lily Suryani Beki dan Puan Habidah Sulaiman.

 




Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of