Karnival Project Based Learning SMK SANZAC 2019

SMK SANZAC adalah sebuah sekolah yang dikenali dengan inovasi. Pada 8 Julai 2019, Karnival Project Based Learning akan diadakan di SMK SANZAC bagi memilih peserta yang akan ke peringkat Negeri dalam pertandingan Project based Learning. Taklimat kepada semua guru-guru yang akan membimbing pelajar telah diadakan di SMK SANZAC. Guru-guru SMK SANZAC amat komited dalam memberikan sepenuh kerjasama dan komitment dalam membimbing pelajar ke arah daya pemikiran positif dan kreatif.

Project Based Learning atau dengan akronim PBL adalah pemanfaatan projek dalam proses belajar mengajar, dengan tujuan memperdalam pembelajaran, di mana pelajar menggunakan pertanyaan-pertanyaan investigatif dan juga teknologi yang relevan dengan hidup mereka. Projek-projek ini juga berfungsi sebagai bahan menguji dan menilai kompetensi pelajar pada mata pelajaran tertentu, bukan dengan menggunakan ujian bertulis konvensional sahaja.

Tahun lalu, SMK SANZAC adalah juara keseluruhan bagi pertandingan PBL peringkat daerah Kota Kinabalu di SM Lok Yuk. Harapan pada tahun ini, SMK SANZAC akan sekali lagi menjadi juara keseluruhan dalam peringkat negeri.

Tahniah SMK SANZAC kerana anda komited ke arah kemenjadian murid.

Promosi PBL kepada murid-murid sidang pagi tentang info terkini serta tarikh tutup dan tarikh pertandingan,
initiatif berjumpa dengan guru pembimbing, dan faedah menyertai pertandingan PBL.


 

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of