Cikgu Kuit, SMK SANZAC Kota Kinabalu Sabah, terpilih untuk Regional Training Course for Teachers to introduce Nuclear Sciences in Secondary School.

Cikgu Kuit Vui Ket, seorang guru Sains daripada SMK SANZAC telah terpilih untuk menghadiri 12 hari berkursus untuk mengenali Nuclear. Hanya dua orang guru dari Malaysia sahaja yang terpilih untuk menghadiri kursus ini.

Regional Training Course For Teachers To Introduce Nuclear Sciences In Secondary Schools Through Innovative Approaches diadakan bermula 1 Julai sehingga 12 Julai 2019 bertempat di Hotel RHR, Kajang, Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada guru-guru sains terutamanya dalam pelaksanaan kurikulum sains yang terkini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zulkifli Bin Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan Dan Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Turut hadir sama YBrs. Dr. Abdul Muin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, Nuklear Malaysia dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Puan Lanita Md Yusof dan YBrs. Puan Siti Aisyah Shahdan.

TAHNIAH CIKGU KUIT KERANA TELAH MENJADI SEORANG GURU YANG TERPILIH BAGI KURSUS INI.

#sainsuntukkesejahteraan #jangantakutnuklear #ilovenuclear

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of