Pesta Pantun Peringkat Negeri Sabah 2019

Tarikh: 25 – 27 Jun 2019

Tuan rumah : PPD Tawau.

Nama Peserta:
1. Noor Cheyam Azwaliza Bt Mohd Wali
2. Nur Fathi Ibtisam Bt Sofizul Anizam
3. Amisha Farhana Bt Anwar
4. Sarah Adybah Bt Mohd Yaaqub
5. Hanie Yushaira Bt Nordin

Pemantun Terbaik :
– Noor Che Yam Azwaliza Bt Mohd Wali

Jurulatih pasukan:

Pn. Fauziah Hj. Moksin

Guru Pengiring :
Pn. Merhalyn Ansawi

Pesta Pantun Peringkat Negeri telah dijalankan di daerah Tawau baru-baru ini. 11 daerah telah terpilih untuk bertanding dan daerah Kota Kinabalu merupakan salah satu daerah yang bertanding dalam pesta pantun ini. Kumpulan pemantun SMK SANZAC ini telah menyertai pertandingan pantun ini sejak mereka berumur 13 tahun. Dengan berkat usaha mereka selama 4 tahun, pada tahun ini, mereka telah berjaya menjadi juara di peringkat daerah dan terus menjadi Juara bagi peringkat Negeri dan bakal mewakili Sabah di peringkat Kebangsaan pada 19 Julai 2019 di SK & SMK Jugra, Pantai Morib, Selangor.

Semoga pasukan mantap SMK SANZAC dapat membanggakan negeri SABAH, KOTA KINABALU dan SMK SANZAC di pentas Kebangsaan.

TAHNIAH PASUKAN PANTUN SMK SANZAC!

 

 

Please follow and like us:

Leave a Reply