Tarikh: 20 Jun 2019

Hari: Khamis

Tempat: Dewan Sri Gemilang, SMK SANZAC

Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Anjuran: Kelab Staf SMK SANZAC

Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Tahun Tema Hari Guru bagi SMK SANZAC pada tahun “Orang Kampung Semerah Padi.” Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Berikut merupakan objektif Hari Guru SMK SANZAC adalah untuk meraikan guru-guru  SMK SANZAC sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2019, Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan. Kedua adalah untuk mengenang dan membalas jasa-jasa guru-guru yang mencurahkan bakti dalam mendidik murid. Selain itu, memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan semangat kekeluargaan di antara guru. Terakhir sekali adalah untuk merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan pihak pentadbiran.

SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK SMK SANZAC & JUGA KEPADA SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA!

Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu Sambutan Hari Guru SMK SANZAC 2019

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan