Program Integrasi Budaya 2019 SMK SANZAC

Tarikh: 27 Jun 2019 ( Khamis )

Tempat: Dewan Seri Gemilang,  SMK SANZAC

Masa: 7.30 – 1.00 tengahari

Pengisian Program:

1. Pertandingan dan Permainan Sukan Raya :

Anyam Ketupat

Busana Cinta Raya

Samping Champion

Tudung Versatile

2. Pertandingan Hiasan Gerai Integrasi Budaya.

3. Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Raya Kaamatan.

4. Jamuan.

Program Integrasi Budaya 2019 merupakan program tahunan di sekolah ini yang menerapkan unsur pendidikan dan nilai murni dalam kalangan warga SANZAC.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai kebudayaan dan tradisi kaum yang ada di negara Malaysia amnya, dan di negeri Sabah khususnya. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan konsep dan penerimaan antara kaum disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum.

Program ini bertepatan dengan SKPMg2 Standard 2.6, iaitu pemahaman, penerimaan, dan penghayatan terhadap kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia diurus untuk memupuk perpaduan. Di samping itu juga, program ini bertepatan dengan objektik subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dipelajari oleh murid di sekolah iaitu, memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan akan dapat meningkatkan ukhuwah dalam kalangan warga SANZAC, PIBG, Alumni dan komuniti. Program ini juga dapat membantu membentuk penjanaan adab, sahsiah dan disiplin secara menyeluruh seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025(Anjakan 9).

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of