PERTANDINGAN ONE PLANET POCKET GARDEN

Penganjur: SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu

Tarikh: 15 Jun 2019 (SABTU)

Tempat: Dewan Terbuka, SM St Peter, Telipok, Kota Kinabalu

Masa: 8.00 pagi- 1.30 petang

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti perdana PLC2 anjuran SM St Peter, Telipok yang merupakan antara usaha untuk mendedahkan Pendidikan STEM serta menyemai kesedaran persekitaran dalam kalangan murid-murid. Sebanyak 15 daripada 23 buah sekolah telah bertanding. Sekolah telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 1 pasukan menengah rendah dengan tema “Smart Garden” yang diwakili oleh Muhammad Danish bin Agunawan, Adriana Batrisha binti Mohd Maseri, Siti Nur Hanisah binti Omar Hashim, Nurul Ellyssa A/K Douglas dan Nuralya Amani binti Nadzri di bawah bimbingan Pn Roziah Rusdin; dan 1 pasukan menengah atas dengan tema “Herba” yang diwakili oleh Nur Shamirah Bt Mohd Fadzil, Dayang Nur Elyana Bt Zamri, Angel Vels Jafery Majakin, Nur Na’ilah Maziyyah Binti Sarifudin dan Wan Syahirah Azlyn Bt Wan Sazaly di bawah bimbingan Pn Sylvia Edwin Boklin. Kedua-dua pasukan telah berjaya memperolehi anugerah emas.

Wajah-wajah ceria kumpulan menengah rendah bersama Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang SMK SANZAC semasa menerima anugerah emas yang disampaikan oleh Pn Shirney Lim, wakil PPD Kota Kinabalu diiringi oleh En Jackson Bin Siga, Pengetua SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu.

Anugerah emas turut diterima oleh kumpulan menengah atas yang disampaikan oleh Pn Shirney Lim, wakil PPD Kota Kinabalu diiringi oleh En Jackson Bin Siga, Pengetua SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu.

Kumpulan menengah rendah bersama En. Lee Su Tat

Kumpulan menengah atas bersama Pn Sylvia Edwin Boklin

Leave a Reply