Kelab Interact SMK SANZAC telah menerima Anugerah Gangsa

Kelab Interact SMK SANZAC telah menerima Anugerah Gangsa

Pada 29 Jun 2019 yang lalu, Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC, Puan Nowenna Willie D. Tamsin dan Naib Pengerusi Kelab Interact, Mohd Afiq Iskandar telah dijemput untuk menghadiri Jamuan Makan Malam bersama Rotary Club International di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Hotel. Pada majlis tersebut,  Kelab Interact SMK SANZAC telah menerima Anugerah Gangsa bagi projek yang telah dikendalikan oleh Kelab Interact Daerah Kota Kinabalu pada tahun 2018 dan tahun 2019. Projek yang telah dikendalikan oleh SMK SANZAC adalah dengan memulakan projek tarian berunsurkan baik hati dan juga mencipta serta mengetuai Lagu “We are Love” yang berunsurkan kebaikan di sekolah untuk “National Kindness Week 2019”. Anugerah ini telah ditandatangani dan disahkan oleh Encik Henry Tan, Gabenor Daerah Kota Kinabalu. Presiden Rotary Club Kota Kinabalu 2018/2019 Philip Koh, mengucapkan tahniah kepada SMK SANZAC kerana telah memenangi anugerah ini walaupun Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun lalu. Hanya 3 buah sekolah di daerah Kota Kinabalu ini yang telah memenangi anugerah dan SMK SANZAC merupakan salah satu daripada sekolah yang telah menerima anugerah.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Interact SMK SANZAC.

Di samping itu, dalam majlis ini, Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon telah dilantik untuk menjadi Presiden Rotary Club Kota Kinabalu yang ke 68 bagi tahun 2019/2020. Tahniah Datuk Seri atas lantikan ini.

 

Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC telah dijemput untuk menerima Anugerah Gangsa atas projek yang telah dikendalikan.

Sesi fotografi bersama Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon dan Datin Seri.

Puan Nowenna Willie D. Tamsin, Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC.

Mohd Afiq Iskandar, Naib Pengerusi Kelab Interact SMK SANZAC.

Board of Directors Rotary Club Kota Kinabalu 2019/2020 di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima.

Guru Penasihat Kelab Interact Kota Kinabalu bersama pelajar-pelajar yang telah dijemput.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply