20190630 Dance World Cup Final di Braga, Portugal

Pada 30 Jun 2019, SK Stella Maris (M) telah menghantar 4 orang murid ke Braga, Portugal untuk Dance World Cup. Sekumpulan murid ini diketuai oleh Puan Chu Voon Loo, Guru Besar SK Stella Maris (M) dan Puan Noor Suriyati Binti Mohd Yuni. Mereka bertolak pada 24 Jun 2019. Semua penolong kanan (Puan Wong Shiau Li, En. Constantine Chew, Puan Olivia Chia & Puan Vennia Sopitang) berserta dengan pengerusi Alumni, En. Edward Johann Leong juga turut berjumpa dengan murid-murid ini di lapangan terbang KKIA sebelum mereka berlepas ke Portugal.

Antara pencapaian murid ialah:

  1. Muhd Fakhrul Afif Bin Mislani (Solo – Emas & Trio – Emas)
  2. Santiani Benjamin Enih (Solo – Tempat Ke-4)
  3. Oscar Neil Gelibat (Trio – Emas)
  4. Ahmad Mikhail Damsal Bin Abdul Hakim (Trio – Emas)

Kejayaan ini merupakan rekod terbaik pada tahun ini berbanding dengan tahun lalu di Spain di mana hanya seorang murid, Muhd Fakhrul Afif menggondol 1 pingat gangsa saja.

 



Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of