20190622 Mini Konsert SK Stella Maris (M)

Pada 22 Jun 2019, SK Stella Maris (M) telah mengadakan satu mini konsert di Auditorium Yayasan Sabah Anjuran Bersama PIBG dan Alumni. Tahniah diucapkan kepada penyelaras event ini iaitu Puan Norziah Ismail yang bertungkus lumus dalam menjadikan mini konsert ini. Tidak dilupakan semua pentadbir, guru-guru, AKP, PIBG dan Pengerusi Alumni (Encik Edward Johann Leong) yang turut menolong dalam kejayaan mini konsert ini. Terima kasih diucapkan kepada Tetamu Kehormat yang datang untuk memeriahkan majlis kami pada malam itu.

Seramai 330 orang murid yang terlibat dalam mini konsert ini. Sebanyak 23 persembahan yang telah ditunjukkan. Lebih kurang 950 orang yang hadir pada mini konsert tersebut. Dari pukul 7pm hingga 10pm, penonton setia menonton bersama sehingga emcee (Encik Jappar) mengumumkan tamat majlis ini. Penonton masih lagi duduk di kerusi mereka. Memang malam tersebut adalah meriah dan penuh dengan sokongan dan kerjasama ibu bapa.

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan