Ecobricks Challenge SMK LIKAS Sepanjang Bulan April 2019

Ecobricks Challenge ini telah diadakan sepanjang bulan April bermula dari 1 April sehingga 30 April 2019 anjuran Panitia Geografi dan Persatuan Geografi SMK Likas. Penyelaras bagi program ini ialah Cik Vivian Geraldine Stanislous.  Semua Guru dan semua pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Justeru itu, penyampaian sijil dan hadiah bagi para pemenang ecobricks challenge sepanjang bulan april ini telah diadakan di dewan smk likas pada 12 Jun 2019.

Kelas yang paling banyak mengumpulkan Ecobricks dimenangi oleh kelas  3 Berjaya, 5 Cemerlang dan  6 Kemanusiaan 3.

Ecobricks paling berat dimenangi oleh  Adik Ghulwani, Adik Edry dan adik Husnul.

Ecobricks paling banyak bagi kategori guru dimenangi oleh Pn. Siti Fadhilah, Pn. Wan Norizah dan Pn. Aini Syazwani.

Program Ecobricks ini akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2019.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemenang.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of