SK RUMINDING DAPAT KHABAR GEMBIRA DARIPADA PIHAK PANTAS

SK RUMINDING sekali lagi mendapat perhatian pihak luar apabila baru baru ini pihak Persatuan Anak Terengganu Sabah dan Labuan (PANTAS) telah bersetuju untuk membina sebuah Turbine Power Mikro Hidro yang mampu menjana tenaga elektrik ke seluruh kawasan sekolah bila ia siap dibina nanti. Dan sekiranya ia terlaksana nanti SK Ruminding adalah sekolah pertama di Sabah yang terpilih untuk pembinaan bersejarah itu nanti.

Khabar gembira itu telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi PANTAS En I.R. Mohd Kastry Bin Zahid semasa kunjungan hormat bersama beberapa AJK PANTAS yang lain kepada Guru Besar En Sani Brandi pada 21 Mac yang lalu.

Lebih menggembirakan kos keseluruhan biaya projek akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak PANTAS melalui kawal selia oleh PANTAS Engineering yang diketuai En Mohamad Samsuri Mamat yang juga Setiausaha Kehormat PANTAS, manakala hak rekacipta mesin turbin tersebut adalah kepunyaan mutlak pihak KAY Design.

Menurut En Mohd Kastry lagi sekiranya projek berkenaan menjadi kenyataan pasti memberi banyak manfaat kepada pihak sekolah, kerana selain mampu membekalkan tenaga elektrik tanpa gangguan setiap masa, ianya juga mengutamakan kepentingan teknologi hijau dan seterusnya mampu memelihara alam sekitar dengan lebih efisyen lagi.

Manakala Guru Besar dalam ucapannya amat mengalu-alukan kesudian pihak PANTAS mengunjungi SK Ruminding dan tak lupa mengucapkan syukur serta terima kasih kerana memilih SK Ruminding sebagai destinasi pertama projek mikro hidro berkenaan dalam daerah Kota Kinabalu dan negeri Sabah khususnya.

Walaubagaimanapun projek berkenaan perlu mendapat kelulusan beberapa pihak berwajib antaranya Jabatan Pendidikan Sabah, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga dan Teknologi Hijau, DBKK dan banyak lagi sebelum ianya mampu terlaksana, ujar En Kastry lagi.

Warga SK Ruminding bergambar kenang kenangan bersama AJK PANTAS

Pihak PANTAS sedang melakukan kaji selidik untuk pembinaan mikro hidro turbine power pertama di sekolah di Sabah

Setiap tetamu yang datang pasti akan diberi buah tangan sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak sekolah

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of