27/04/2019 (Sabtu) – Unit Kokurikulum sekolah telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Formasi Badan Beruniform peringkat sekolah bertempat di Dataran Tun Hussien Onn. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Rafidah Hj. Ag Abas wakil PPDKK. Johan bagi pertandingan ini ialah Kadet Polis, naib johan Kadet bomba dan tempat ketiga Pengakap. Tahniah kepada unit beruniform yang mendapat tempat.