Pameran Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun

Pada 24 dan 25 April 2019 yang lalu, Panitia Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun SMK SANZAC telah mengadakan Pameran Bahasa bertempat di Pondok Santai Ilmu SMK SANZAC. Pameran yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan pada waktu rehat sidang pagi (9.30 – 10.30 pagi) dan waktu rehat sidang petang (2.30 – 3.00 petang).

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua warga SMK SANZAC terhadap budaya dan pengetahuan asas ketiga-tiga bahasa tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti membaca, mewarna bendera, meneka nama makanan, kuiz dan permainan bahasa. Melalui pameran ini, murid dapat melihat beberapa replika bangunan bersejarah di Perancis, pakaian tradisional kaum Kadazandusun dan bendera pelbagai negara di benua Arab.

Secara keseluruhan, pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Diharapkan agar pameran seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

TAHNIAH PANITIA BAHASA PERANCIS, BAHASA ARAB DAN BAHASA KADAZANDUSUN SMK SANZAC!

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of