Ceramah motivasi disampaikan oleh En Sulaiman Bin Haji Awang, Kaunselor Organisasi Daerah, Unit Bimbingan dan Kaunseling, PPD KK.

29 April 2019 – Program Motivasi “Wake Up Call” SK Pulau Sepanggar ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dikalangan ibu bapa tentang betapa pentingnya mengambil berat terhadap anak-anak. Motivasi ini memberi penekanan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak hadir ke sekolah, menyediakan keperluan persekolahan dan memberikan perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak.

Peserta motivasi “Wake Up Call” Sk Pulau Sepanggar
Guru Besar menyampaikan cendera kenangan kepada En Sulaiman Bin Haji Awang
Guru Besar menyampaikan cendera kenangan kepada En Hafiz Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan, Unit Psikologi dan Kaunseling, PPD KK.
 
Please follow and like us:

Leave a Reply