SMK SANZAC mendapat pencapaian tertinggi dalam Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2019

SMK SANZAC mendapat pencapaian tertinggi dalam Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2019

Tarikh: 13 April 2019

Masa: 7.00am – 5.oopm

Tempat: Oceanus Waterfront Mall.

Sempena Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2019, Karnival CIP telah dilaksanakan sepanjang majlis. Pameran CIP adalah berdasarkan 1 sekolah 1 Projek. Setiap sekolah perlu mempamerkan minimum 1 projek pada hari karnival tersebut. Namun begitu, SMK SANZAC telah mempamerkan 4 projek pada hari tersebut. Projek yang telah dipamerkan adalah mengikut peringkat.

Peringkat Antarabangsa: A Plate of life, SEAMEO RECFON

Peringkat Kebangsaan: Malaysia’s Kindest School Project

                                           Cleaner Hearts Caring Society

Peringkat Negeri: Sindex Innovation Competition.

Penganugerahan telah dijalankan pada pukul 2.00pm di Pentas Oceanus Mall dan berikut merupakan anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh SMK SANZAC dalam Majlis Apresiasi & Karnival CIP PPD KK:

ANUGERAH ORGANISASI:

1. Johan Pameran Terbaik (Sekolah Menengah)
2. Anugerah Penglibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) Cemerlang 2018 ( Sek. Men)
3. Anugerah Emas Pembelajaran Abad Ke-21 (SM) 2018
4. Anugerah Inovasi Pendidikan 2018 (SM)
5. Sijil Penghargaan Peningkatan Prestasi GPMP SPM 2016- 2018 (Bahasa Melayu)
6. Sijil Penghargaan Peningkatan Prestasi GPMP SPM 2016- 2018 (Matematik)
7. Anugerah Khas Kokurikulum 2018 (Kategori SM)
8. Anugerah Sekolah Pencapaian Antarabangsa Terbaik.

ANUGERAH INDIVIDU:

A. Anugerah Emas Karisma Pemimpin 2018
1. Dr. Shirley Tay Siew Hong
2. Norlyziah bte Ali Hussein
3. Noraini binti Abdullah

B. Anugerah Perak Karisma Pemimpin 2018
1. Dg. Rosnizah binti Pg. Jaafar
2. Hjh. Rusana binti Abdullah

C. Anugerah Khas Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018
1. Ag. Deramat bin Ag. Mattiassin

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA SMK SANZAC KOTA KINABALU!

      

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply