Students Integration Programme; SMK Inanam – Nakajima JHS

Seramai 43 pelajar dan 6 guru daripada Nakajima Junior High School, hari ini telah mengunjungi SMK Inanam buat kali ke 5 dalam tempoh 5 tahun. Program yang merupakan acara tahunan ini telah disertai oleh Pengetua baharu Nakajima JHS iaitu Mr. Watanabe dan turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil Pegawai PPD Kota Kinabalu iaitu Pn. Shirney Lim serta YDP PIBG SMK Inanam, iaitu Pn. Ramlah Hj. Basri.

Aktiviti dimulakan dengan penyampaian cenderahati antara pelajar SMK Inanam dan pelajar Nakajima JHS dengan disaksikan oleh Pengetua bagi kedua-dua buah sekolah.

Seterusnya tanyangan video yang memperkenalkan kedua-dua buah sekolah dan diikuti dengan tiga aktiviti yang telah dijalankan secara serentak iaitu tarian sumazau, alat muzik tradisional yang telah dimainkan oleh pelajar Pendidikan Khas dan demonstrasi kuih onde-onde. Pelajar Nakajima JHS dapat merasai sendiri pengalaman baharu menyertai aktiviti yang dijalankan. Aktiviti terakhir adalah sesi ramah mesra antara pelajar kedua-dua buah sekolah.

Untuk makluman, pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3 yang mengambil subjek Bahasa Jepun. Pengetua SMK Inanam, Pn. Mozidah Bt Hamzah yang sangat gembira dengan kehadiran delagasi ini kerana banyak manfaat diperolehi oleh pihak sekolah, terutama sekali bagi pelajar yang mengambil Bahasa Jepun dalam meningkatkan pemahaman mereka tentang budaya Jepun dan menguasai Bahasa Jepun dengan lebih baik.

Program ini akan disusuli dengan lawatan balas oleh pelajar SMK Inanam ke Nakajima JHS, di mana pelajar SMK Inanam akan ditaja oleh komuniti Nakajima JHS untuk melawat ke sana. Pada tahun lalu, 3 orang pelajar dan seorang guru telah ditaja untuk melawat Nakajima JHS.

Program hari ini berakhir dengan sangat meriah walaupun masa yang diambil adalah sangat singkat kerana kita semua sedia maklum, budaya masyarakat Jepun yang sangat mementingkan masa. Semoga program ini akan terus menjadi lambang hubungan yang baik antara Malaysia dan Jepun dalam integrasi bahasa, budaya dan ilmu pengetahuan.

Spread the love

Be the first to comment on "Students Integration Programme; SMK Inanam – Nakajima JHS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*