Simulasi Pilihanraya Bersama SPR dan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu

Simulasi Pilihanraya Bersama SPR dan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu

Kelab Malaysiaku SMK Inanam dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanrara (SPR) dan Jabatan Penerangan Kota Kinabalu, hari ini telah menjalankan aktiviti Simulasi Pilihanraya dengan penyertaan 58 pengundi dari Kelab Malaysiaku dan ahli Pengakap sebagai pembantu pilihanraya. Pihak SPR telah menyediakan peralatan pilihanraya yang sebenar dan prosedur pelaksanaan juga adalah mengikut kaedah pilihanraya sebenar.

Aktiviti bermula dengan proses berkempen antara 2 calon iaitu Adik Aminah Jasnim dan Adik Nadira Aljan bagi perebutan kerusi Pengerusi Kelab Malaysiaku. Seterusnya proses pengundian dijalankan dan diakhiri dengan proses pengiraan undi. Keputusan pilihanraya hari ini telah dimenangi oleh Adik Nadira Aljan dari Parti Pen. Aktiviti ini telah memberi pengalaman bermakna kepada semua ahli Kelab Malaysiaku dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses pilihanraya yang telus dan adil.

Turut serta dalam aktiviti hari ini ialah 6 pegawai Jabatan Penerangan Kota Kinabalu diketuai oleh En. Peter Tong Ah Hin dan 5 pegawai SPR diketuai oleh Puan Rozita Sani. Sementara itu, Penyelaras program ini ialah Pn. Hudayana Sapri dan dibantu oleh semua guru penasihat Kelab Malaysiaku.

Lagi gambar, klik DISINI.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply