KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU (KTEKK), 11 April 2019. Majlis Graduasi 2018, telah diadakan di Dewan KTEKK bagi mengiktiraf dan menghargai 301 orang pelajar tingkatan enam yang telah menamatkan pengajian STPM pada tahun 2018. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Umin Haji Sadi, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Turut hadir memeriahkan majlis ini ialahTuan Haji Saini Bin Paijo, Ketua Penolong Sektor Pengurusan Sekolah, bagi mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, wakil PIBG, wakil-wakil dari PUSTEM (Pusat Tingkatan Enam) Kota Kinabalu, Pengawai Perhubungan Sekolah (PDRM) dan ibubapa.

Antara harapan dari perasmi, ialah pelajar-pelajar ini akan keluar menjadi insan cemerlang yang seimbang dari semua segi, sama ada IQ (kecerdasan intelek), EQ (kecerdasan emosi) dan juga SQ (kecerdasan rohani). Tuan Haji Kusdi Bin Ribut, selaku pengetua KTEKK mengharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi penyuntik motivasi bukan hanya kepada pelajar-pelajar, tetapi juga kepada ibubapa, guru-guru dan seluruh masyarakt agar bergerak kearah kecemerlangan. Sorakan gemuruh dari hadirin apabila Tuan pengetua meyampaikan pencapaian dan kejayaan  KTEKK bila mana dapat mencatat 100% lulus untuk pertama kali yang dicipta oleh pelajar STPM 2018 selain berjaya mencapai PNGK 2.80, yang sesungguhnya melebihi dari sasaran asal. Tuan pengetua turut membawa kebangaan hadirin melalui pencapaian dalam bidang sukan dan kokurikulum lain sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Mohd Afiq Bin Mohd Badaruddin tmuncul sebagai pelajar terbaik, dan sekali gus menerima Anugerah Pengetua atas pencapaian cemerlang dimana semua mata pelajaran mencatat keputusan gred A, dengan PNGK 4.0. Diakhir majlis, jawatankuasa pengelola telah membuat kejutan sambutan harijadi yang serentak iaitu kepada Encik Umin Bin Haji Sadi dan Tuan Haji Kusdi Bin Ribut yang kebetulan jatuh pada 20 April dan 19 April masing-masing.

Sambutan Hari Jadi
Bersama Pentadbir Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu
Graduan
Perasmian Majlis Graduasi 2018

Please follow and like us:

Leave a Reply