Pada 8 April 2019, Di Dewan Gaya Asrama Malaysia Sabah, Taklimat Teknikal & Bengkel MakeX Robotics Competition sempena program perpaduan & promosi Asrama Malaysia peringkat kebangsaan 2019.

Program ini telah melibatkan 27 buah sekolah menengah dan sekolah rendah dari daerah Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tambunan. Program yang di adakan di Dewan Asrama Malaysia Sabah, Maktab Sabah dikendalikan oleh 3 orang crew Syarikat Telaga Biru dan disertai oleh 31 orang guru dan 51 orang pelajar.

Menurut kenyataan penyelaras Kelab Robotik Asrama Malaysia Sabah Datu Zanalan Karbain , Program ini merupakan langkah awal untuk mendedahkan bidang robotik di sekolah-sekolah seluruh Sabah dan akan diadakan beberapa siri pertandigan robotik yang melibatkan sekolah menengah dan rendah.

Please follow and like us:

Leave a Reply