Majlis menandatangani memorandum persefahaman PIBG SK Kionsom Inanam dengan komuniti setempat ini berlangsung pada 30 Mac 2019 yang lalu bertempat di Dewan Mini SK Kionsom Inanam.Majlis menandatangani memorandum ini disaksikan oleh Wakil YB Kenny Chua (ADUN N13 Inanam) iaitu En. Lafif Abdul Kadir merangkap Pegawai Perhubungan Pejabat DUN N13 Inanam diiringi oleh Guru Besar Pn.Binukat @Hamidah Rumpi. Ketua komuniti yang memeterai memorandum ini ialah dari Kg.Kobuni, Kg.Kionsom dan Kg.Kiapad.Majlis ini adalah kali pertama diadakan dan pihak SK Kionsom Inanam berharap agar memorandum ini menjadi titik mula kerjasama dengan komuniti yang terlibat untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid khususnya dan membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program pada masa akan datang.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan