KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA KINABALU

Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Daerah  (MSSD KK) telah berjalan dengan jayanya selama satu hari yang berlangsung pada 20 Februari 2019 bertempat di Nexus Golf  Resort Karambunai. Program ini adalah program yang melibatkan pelajar terpilih dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam daerah Kota Kinabalu serta sekolah jemputan dari daerah Tuaran.

Pelajar yang menyertai program ini  terdiri daripada pelajar sekolah rendah kategori Lelaki 12 tahun kebawah, perempuan 12 tahun ke bawah serta pelajar sekolah menengah lelaki 15 tahun ke bawah, perempuan 15 tahun ke bawah, lelaki 18 tahun ke bawah dan perempuan 18 tahun ke bawah seramai 73 orang.

Kejohanan ini berlangsung selama 6 jam untuk kategori sekolah menegah iaitu bermula jam 7.30 pagi hingga – jam 1.00 petang. Manakala kategori sekolah menengah berlangsung selama 4 jam bermula 11.30 pagi hingga 3.30 petang. Kategori sekolah menengah bermain 18 lubang manakala kategori sekolah rendah bermain 9 lubang. Lima kedudukan teratas dipertandingkan ialah tempat pertama hingga tempat kelima bagi setiap kategori.

Upacara penyampaian hadiah bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah disampaikan oleh Encik Awang Damit Suran wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. SK Api Api telah menghantar dua orang peserta, iaitu adik Dynneva Joyce Donni dan adik Mohamad Danish Daniel Md. Jumat, untuk kategori Perempuan dan Lelaki 12 tahun Kebawah. Adik Dynneva telah berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan bagi kategori Perempuan 12 tahun ke bawah. Adik Danish Daniel pula telah mendapat tempat ke-3 dalam kategori Lelaki 12 tahun ke bawah. Kedua-dua peserta telah berjaya untuk maju ke peringkat MSSS Golf Sabah untuk mewakili daerah Kota Kinabalu.

Spread the love

Be the first to comment on "KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA KINABALU"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*