Pada 15 Mac 2019, Digital Maker hub SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah menerima Lawatan Penanda Aras Projek Inovasi dari Pensyarah dan Guru pelatih Institut Perguruan Kampus Kent. Rombongan lawatan ini adalah pelawat yang pertama melawat ke Digital Maker hub SKC Anglo Chinese secara rasminya selepas Perasmian Digital Maker hub pada 31 Okt 2018. Seramai 20 guru pelatih yang dibimbing oleh pensyarah En Benny Kong dan berteraskan objektif lawatan iaitu membantu guru-guru pelatih menjana idea kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk yang berkualiti dan berpotensi untuk dikomersialkan. Pada hari itu, Duta Penggerak Digital telah memainkan peranan mereka dengan menjadi mentor dalam aktiviti hands on Arduino with Scratch kepada abang-abang dan kakak-kakak dari IPG Kent. Ini adalah kali pertama Duta-duta Penggerak Digital terlibat dalam aktiviti yang sebegini. Dengan ini, duta-duta ini dapat mengukuhkan lagi ilmu-ilmu yang telah dipelajari selama ini menerusi proses mentoring dan juga belajar kemahiran kepimpinan mereka.

Please follow and like us:

Leave a Reply