Pada 8 – 10 Februari 2019, Dance World Cup Qualifier telah diadakan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah (JKKN). Seramai 7 orang murid dari SK Stella Maris (M) yang mengikuti pertandingan ini yang diketuai oleh Puan Noor Suriyati Binti Mohd Yuni.
Murid yang mengikuti pertandingan ini ialah: Muhammad Fakhrul Afif Bin Mislani, Oscar Neil Gelibat, Ahmad Mikhail Damsal Bin Abdul Hakim, Santiani Benjamin Enih, Kellyana Vincent, Nurfarisha Allyza Binti Muhamad Zaman dan Nur Elysha Daniella Binti Yahya.
Murid yang dapat memasuki pertandingan WDC ialah:
- Muhammad Fakhrul Afif Bin Mislani (Solo & Trio)
- Oscar Neil Gelibat (Trio)
- Ahmad Mikhail Damsal Bin Abdul Hakim (Trio)
- Santiani Benjamin Enih (Solo & Group)
Murid yang tersenarai ini akan mewakili Malaysia ke Braga, Portugal pada bulan Jun 2019.