20190322-28 Pasukan Gimnastik Sabah mendapat Johan dalam MSSM Gimnastik

20190322-28 Pasukan Gimnastik Sabah mendapat Johan dalam MSSM Gimnastik

20190322-28 Pasukan Gimnastik Sabah mendapat Johan dalam MSSM Gimnastik di Kedah

Setelah 8 tahun berlalu, Pasukan Gimnastik Sabah sekali lagi menggondol Tempat Pertama dalam Kejohanan Gimnastik Artistik MSSM 2019 yang telah berlangsung di Negeri Kedah Darul Aman pada 22 Mac hingga 28 Mac 2019. Pasukan Gimnastik yang baru mendarat di KKIA dijemput oleh Puan Mistrine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Sabah dengan meriahnya.

Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Teknik Peringkat Negeri Sabah, Cik Noraini Jamlan bersama dengan beberapa orang jurulatih yang telah berusaha melatih atlet-atlet gimnastik ini dari kecil lagi. Akhirnya, terbukti juga hasil titik peluh mereka. Sebelum ini, negeri Sabah juga pernah mendapat nombor kedua dan ketiga di bawah jagaan PT Gimnastik kita.

Pengerusi Teknik Gimnastik Negeri Sabah kita juga merupakan seorang guru di SK Stella Maris (M). Kita juga mempunyai seorang guru dari SK Stella Maris (M) iaitu Puan Siti Noorsuhana Binti Noortaip yang juga melalui rintangan bersama Cik Noraini Jamlan dalam membawa atlet-atlet gimnastik ini ke persada dunia. Beberapa atlet yang telah berganjak ke Sekolah Menengah juga berasal dari SK Stella Maris. Seperti yang kita kenal selama ini, Hirzi Bariqi, Allan Leong dan Vincent Iquan Tung. Mereka selalu mencipta nama untuk sekolah dan juga negeri yang tercinta, Sabah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply