SportExcell-NSC-MILO-TM merupakan penaja utama National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2019. Acara tahunan Taekwondo Malaysia (WTF) kali ini bermula(1st Leg) di UTAR Kampar Campus, Perak Darul Ridzuan pada 22 – 24hb Mac yang lalu.

SM. St Peter Telipok mengukir nama di persada Taekwondo apabila adik Jenita Dewi berjaya memperolehi pingat gangsa dalam kategori middle weight. Berkat bimbingan Master Zaini dan Jurulatih Sabrina, adik Jenita Dewi sebelum ini juga pernah memenangi pingat perak kategori light middle dalam kejohanan CK Classic International Open Taekwondo Championship di Shah Alam, Selangor dan Korean Ambassador Cup Brunei Taekwondo Championship.

Semoga adik Jenita Dewi  akan meneruskan kecemerlangan dalam bidang yang diceburi!

Leave a Reply