Pada 22 Mac 2019 (Jumaat), seramai 3 orang guru dan 2 orang bekas pelajar Ikubunkan International School, Tokyo, Jepun telah melawat ke SMKA Tun Ahmadshah untuk meneruskan hubungan yang telah terjalin. Satu perhimpunan khas telah diadakan untuk meraikan kehadiran mereka. Mereka menyatakan hasrat agar hubungan yang telah terjalin akan berkekalan dan sebuah lagi sekolah di Tokyo ingin menjalin hubungan dengan SMKA Tun Ahmadshah. Mereka berminat untuk mengetahui tentang Islam. Mereka turut mengadakan lawatan ke setiap kelas untuk berinteraksi dengan pelajar Tunas dengan lebih dekat.

Di kesempatan itu juga, delegasi dari Jepun telah mengadakan kunjungan hormat ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah. Ketua delegasi iaitu Mr Nakayama telah mengemukakan surat kepada Dr. Mohd Kassim Bin Tusin, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, menyatakan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang berterusan dengan SMKA Tun Ahmadshah dan SMKA yang lain di Sabah.

Mengimbas kembali Program Pengantarabangsaan SMKA Tun Ahmadshah ke Jepun pada tahun 2018.

Delegasi SMKA Tun Ahmadshah yang diwakili oleh 4 orang guru, 1 org wakil ibu bapa dan 9 orang murid telah melawat ke beberapa buah sekolah di Jepun pada 12 hingga 22 April 2018. Lawatan kali kedua ke Miyako Technical High School adalah untuk mempelajari tentang monozukuri atau inovasi penghasilan rantai kunci selain menjalin hubungan berterusan dengan sekolah di Jepun.

Selain Miyako Technical High School, delegasi Tunas juga telah melawat ke Miyako Elementary School iaitu salah sebuah sekolah rendah di Miyako. Keistimewaan sekolah ini ialah salah seorang muridnya telah mencari info tentang Malaysia dan impiannya ingin bertemu dengan orang Malaysia. Kehadiran delegasi Tunas telah merealisasikan impiannya menjadi kenyataan. Sekolah lain, yang dikunjungi oleh delegasi Tunas ialah Ikubunkan International School, Tokyo, Jepun. Di sekolah ini, para pelajar dapat berinteraksi dan bertukar2 pandangan tentang kelestarian alam sekitar.

Selain sekolah delegasi turut melawat ke IDEC Yokohama ( Bengkel Artificial Intelligent ), Pusat transit bahan kitar semula iaitu Yokohama Recycle Center, Syarikat kereta elektrik di Shinkawasaki, Balai Bomba Miyako, Pusat Kitar Semula Miyako, Muzium Kitar Semula di Furukawa, Pejabat Mayor Miyako dan Sakanacho, Morioka.

Semoga hubungan kedua-dua buah sekolah ini akan beterusan dan memberi manfaat antara satu dengan yang lain.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan