TERIMA KASIH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SK TAMPULAN TELIPOK- Universiti Malaysia Sabah telah melancarkan program khidmat komuniti di SK Tampulan Telipok pada 23 Mac 2019.Program ini telah dirasmikan oleh Datuk KY Mustafa, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.

Melalui program ini, UMS telah menaiktaraf bilik darjah tahun 3 yang selama ini usang dan perlu penambahbaikan.Kerjasama siswa siswi Kelab Penyayang UMS dan PIBG SK Tampulan membina dan menaiktaraf kelas tersebut adalah kunci kejayaan program ini.

Menurut Guru Besar SK Tampulan Telipok En.Fo Nee Khen, program sebegini amat bermakna buat SK Tampulan Telipok untuk memastikan sekolah luar bandar juga tidak ketinggalan di arus pembangunan nasional.”Keupayaan UMS menjalankan program ini merupakan satu titik tolak untuk bekerjasama dengan lebih kerap pada masa akan datang,” katanya.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh En.Terry Henry, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, YBhg. Prof. Dr. Ismail Ali Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan juga YBrs. Encik Ronny Roger Biun,Pemaju Mukin Inanam mewakili YB Kenny Chua Teck Ho ADUN Inanam.

Spread the love

1 Comment on "TERIMA KASIH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH"

  1. Mantap SK Tampulan.Tahniah!

Leave a Reply to Hamba ALLAH Cancel reply

Your email address will not be published.


*