March 16, 2019

MTQ Daerah : SMKA Tun Ahmadshah, Johan Keseluruhan.

Pada 16 Mac 2019 (Sabtu), Pertandingan Majlis Tadarus Quran, MTQ peringkat Daerah Kota Kinabalu telah berjaya dilaksanakan di SMK Tebobon. Turut menghadiri Majlis berkenaan, En. Che Noor Mazlan Che Mohd Noor, Penolong Pengarah (Unit Kurikulum), SPI sebagai wakil perasmi Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam. Berikut keputusan keseluruhan pertandingan MTQ 2019 :-


Dua orang guru SMKA Tun Ahmadshah berjaya raih Anugerah Emas dan Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi anjuran IPG Gaya

Pada 15 Mac 2019, Pertandingan Inovasi Pedagogi Intervensi PdPc, 2019 telah berjaya dilaksanakan di Dewan IPG Gaya. Dalam pertandingan tersebut, BerKah, inovasi teknik penulisan karangan Bahasa Melayu oleh Pn. Harliana Mohd Arifin dari SMKA Tun Ahmadshah telah berjaya memperoleh Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi Intervensi PdPc, 2019 anjuran IPG Kampus Gaya dan JPNS. Manakala Pn. Hartini Asimin, Guru Cemerlang Kimia dari SMKA Tun Ahmadshah telah berjaya memperoleh Anugerah Perak dengan inovasinya yang bertajuk CoCom.


Kadet Bomba SMKA Tun Ahmadshah mewakili BBP KK Johan Pertandingan Kawad Zon 1 Sabah, 2019.

Pada 13 Mac 2019, Pertandingan Kawad Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat Zon 1 Sabah telah diadakan di SMK Limbanak, Penampang. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pertandingan ini mewakili Balai Bomba Kota Kinabalu (Sembulan), Balai Bomba Lintas, Balai Bomba Tuaran dan Balai Bomba Penampang. Kadet Bomba SMKA Tun Ahmadshah seramai 14 orang telah mewakili Balai Bomba Kota Kinabalu bersama kadet bomba dari SMK Sanzac, SMK Perempuan Likas, SM Shan Tao, SMK Likas dan SM Lok Yuk….


Alhamdulillah..Pelajar SMKA Tun Ahmadshah, Mohd Normokhlis Bin Naim antara Pelajar Terbaik SPM 2018 Negeri Sabah.

Tiada ucapan yang lebih baik untuk diungkapkan melainkan rasa puji dan syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan kurniaan-Nya dengan berita Pengumuman rasmi SPM 2018 baru-baru ini bertempat di SMK Lok Yuk, Likas. Pengumuman yang disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Puan Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah telah dihadiri beberapa buah sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam SPM tahun 2018 yang lepas. Pelajar SMKA Tun Ahmadshah, Mohd Normokhlis Bin Naim telah diumumkan antara Pelajar…


Guru SK Tanjung Aru II Meraih Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi Intervensi PdPc (i-IPC) 2019

15 Mac 2019, JUMAAT- Seorang guru dari SK Tanjung Aru II meraih Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Pedagogi Intervensi PdPc (i-IPC) 2019 peringkat negeri Sabah. Beliau ialah Cikgu Intan anak Engkasan yang telah dianugerahkan Pingat Emas dalam kategori Guru Individu. Selain itu, beliau juga menerima Anugerah Khas Naib Johan dalam Kreativiti dan Inovasi Keseluruhan kategori Guru Individu. Cikgu Intan menamakan Handy BOB @ HB 2.0 inovasi beliau yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik….


Skip to toolbar