Pada 8 – 10 Mac 2019, SK Lok Yuk Inanam telah mengadakan Kem Intelek, Disiplin dan Sahsiah UPSR 2019. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Unit Disiplin.

Seramai 31 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 6 mengikuti Kem ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah Kembara Minda, Sukaneka, Ceramah Keibubapaan dan Ceramah Motivasi Saya Juara oleh penceramah jemputan Encik Sylvister Sintia yang  mana turut disertai oleh murid tahun 5.

Majlis Perasmian dan Penutupan Kem ini disempurnakan oleh Guru Besar SK Lok Yuk Inanam Puan Hernny Mozihim.

Ucapan perasmian dan Penutupan Kem oleh Guru Besar SKLYI Puan Hernny Mozihim
Guru Besar Puan Hernny Mozihim Bersama dengan Penolong Kanan 1 Cik Kwan Lun Shai
Slot Ceramah Motivasi Keibubapaan

Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Encik Sylvister Sintia
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Puan Ejilen Tibin
Gambar peserta Kem bersama Guru-guru

Leave a Reply