Pada 23 Febuari 2019 yang lalu, seramai 46 pelajar dalam pasukan Interact Club SMK SANZAC yang telah dibimbing oleh Puan Nowenna Willie dan Puan Emma Francisca Luis telah mengharumkan nama sekolah di Suria Sabah Shopping Mall dalam satu program yang dikenali ramai iaitu International Understanding Bazaar Day. Pasukan Interact Club SMK SANZAC mengikuti program ini buat julung kalinya.
Program International Understanding (IU) Bazaar Day ini adalah satu program belia di bawah Rotary International, menekankan tentang kefahaman antarabangsa. Terdapat 10 sekolah di Sabah yang telah mengambil bahagian dalam acara ini. Salah sebuah sekolah ialah SMK SANZAC. Kami menyelidik dan mengkaji sejarah, latar belakang, budaya dan makanan di negara yang dipilih iaitu Negara Mesir, “Egypt”. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kefahaman antarabangsa di kalangan pelajar dan belia. Setiap sekolah mempamerkan hiasan tapak pameran, maklumat, pelbagai makanan dan tarian budaya negara pilihan mereka.
Pertandingan yang disertai oleh pasukan Interact Club SMK SANZAC adalah Pertandingan Tapak Pameran, Pertandingan Informasi, Pertandingan Busana Negara Mesir, Pertandingan Makanan dan Pertandingan Tarian Kebudayaan Mesir.
Berikut merupakan keputusan yang telah dimenangi oleh pasukan Interact Club SMK SANZAC yang pertama kali mengikuti pertandingan-pertandingan dalam program tahunan ini.
NAIB JOHAN – TAPAK PAMERAN TERBAIK
KETIGA – INFORMASI TERBAIK
KETIGA – BUSANA NEGARA TERBAIK
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN INTERACT CLUB SMK SANZAC!
SYABAS!