Pusat Sumber SMK Tebobon telah menerima Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2018 kategori Luar Bandar sempena Majlis Penyampaian Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Pantai Barat 2019 yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Penampang pada 21 -22 Februari 2019. Selain itu, berlangsung juga Pertandingan Nilam Pra Negeri dan Hayatun Syamilah Binti Dzulmadzli (Pelajar 5ST) sebagai Johan NILAM BM Luar Bandar dan Chanty Symus(5ST) tempat Ketiga BI Luar Bandar. Hayatun akan mewakili bahagian ke peringkat negeri pada bulan Mac ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang tidak jemu mendidik kedua-dua calon sekolah kita ini! Syabas & tahniah kepada semua!

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan