23 Februari 2019 (SABTU) – Satu Kursus kepimpinan Pengawas telah diadakan di SK Lok Yuk Inanam anjuran Unit HEM. Kursus kepimpinan Pengawas yang terdiri daripada 94 orang murid ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas PPDa, Ketua-ketua kelas dan Penolong Ketua
kelas serta Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Kursus kepimpinan yang berjalan daripada jam 7.30 pagi sehingga jam 3 petang ini telah dirasmikan oleh Puan Hernny Mozihim iaitu Guru Besar SK Lok Yuk Inanam. Penceramah jemputan untuk Program ini ialah Encik Sugiharto Kasimin Pegawai PPDKK.