February 25, 2019

Karnival Hari Peringatan Peringkat Negeri Sabah

23 Februari 2019, SK Tobobon sekali lagi menghantar wakil ke Karnival Hari Peringatan peringkat negeri Sabah yang telah diadakan di Wisma Pandu Puteri, Kota Kinabalu. Seramai 32 orang murid dan 4 orang pemimpin dari SK Tobobon telah hadir ke karnival tersebut. Majlis itu dirasmikan oleh Dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Frankie Poon Ming Fung Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah.



Pn.Hanita Ladjaharun dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu merupakan Calon Anugerah Princess Maha Chakri Thailand 2019 Peringkat Antarabangsa.

(SMK BANDARAYA KOTA KINABALU: 21 FEBRUARI): Berlangsung sesi Penilaian Dan Pemantauan Bagi Calon Anugerah Princess Maha Chakri Thailand 2019 bagi salah seorang guru cemerlang di sekolah ini  iaitu Pn. Hanita Binti Ladjaharun yang terpilih sebagai calon negeri Sabah yang tersenarai pendek dari 9 calon dari seluruh negara. Penilaian dan pemantauan oleh Dato” Sulaiman Bin Wak,  Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia dan Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru bersama wakil Jemaah Nazir Putrajaya dan…


LAUNCHING CEREMONY OF HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) SK TOBOBON 2019

25th February 2019-The English Panel of SK Tobobon Kota Kinabalu launched its HIP programme.It was officiated by the school’s Senior Assistant of Curriculum Affair, Pn. Siti Amnah Omar. Later in the afternoon, the ceremony was officially launched by the Afternoon Senior Assistant, Puan Wandamaria Lim. During the ceremony some activities were conducted for students and teachers. The aim of the activities is to encourage students and teachers to practice English Language confidently.


World Championship of Performing Arts 2019

SEMBULAN, Ahad : Mohd Safwan bin Amzirwan,12 tahun, telah berjaya menaikkan nama SK Sembulan dengan melayakkan diri ke pusingan akhir World Championship of Performing Arts yang berlangsung di Kota Kinababalu pada 24 Februari 2019. Mohd Safwan bersama peserta lain akan mewakili negeri Sabah ke Kuala Lumpur pada 23 Mac 2019 untuk melayakkan diri bagi mewakili negara Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun ini.


PSS SKIL MENANG ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG 2018

(PENAMPANG: 22 FEBRUARI): Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah Kebangsaan Inanam Laut (SKIL) dianuegrahkan  PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH CEMERLANG 2018, sempena Majlis Penyampaian Anugerah Pembestarian Sekolah Bahagian Barat 2019. Majlis berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.


Program Komuniti Bersama USS Ashland, US Navy

USS Ashland, US Navy yang singgah di Pelabuhan Sepanggar, hari ini mengadakan Program Komuniti bersama DBKK di SMK Inanam. Seramai 15 anggota USS Ashland dan kira-kira 70 anggota DBKK bersama warga SMK Inanam telah mengadakan aktiviti gotong-royong yang bermula pada jam 9.00 pagi. Turut serta dalam program ini ialah Mr. Bradley Hurst, dari Kedutaan US di Kuala Lumpur dan pegawainya Shanon Phang.  Tuan Chua Vun Hua, Jurutera DBKK pula mewakili Mayor DBKK untuk menyertai program hari ini. JKR…


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2019

23 Februari 2019 (SABTU) – Satu Kursus kepimpinan Pengawas telah diadakan di SK Lok Yuk Inanam anjuran Unit HEM. Kursus kepimpinan Pengawas yang terdiri daripada 94 orang murid ini melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas PPDa, Ketua-ketua kelas dan Penolong Ketua kelas serta Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya. Kursus kepimpinan yang berjalan daripada jam 7.30 pagi sehingga jam 3 petang ini telah dirasmikan oleh Puan Hernny Mozihim iaitu Guru Besar SK Lok Yuk Inanam. Penceramah jemputan untuk…


Bengkel e-learning PLC Bestari 4

21 Februari 2019, Sub PLC Bestari 4 Sekolah Rendah telah mengadakan Bengkel e-learning iaitu penggunaan aplikasi google classroom dan quizlet live. Bengkel tersebut telah diadakan di Bilik Media SK Tobobon. Penceramah yang terlibat adalan En Lawrance Ling dan Pn D Maryani Abd Hamid. Selain daripada e-learning, bengkel import data dari APDM dan masukkan ke dalama VLE Frog juga diberikan. Antara lain objektif bengkel ini ada untuk menambah kemahiran dan pengetahuan GPB dalam ICT disamping mengeratkan…


Skip to toolbar