Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Perutusan dari PDRM kepada pelajar-pelajar SMK SANZAC.

Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Perutusan dari PDRM kepada pelajar-pelajar SMK SANZAC.

18 Febuari 2019 adalah satu tarikh bersejarah di mana SMK SANZAC menerima kunjungan dari PDRM. Program Jom ke sekolah merupakan program kerjasama diantara KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman. Program ini diwujudkan untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Usaha KPM dan PDRM ini berteras dengan slogan yang dimenangi oleh SMK SANZAC iaitu

“Malaysia’s Kindest School.”

Dengan adanya usaha demikian, warga SMK SANZAC akan lebih berdisiplin, beretika dan saling hormat- menghormati antara satu sama lain.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply