Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMKA Tun Ahmadshah 2019

Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa(KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah.

Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

Majlis Perasmian telah diadakan pada hari ini iaitu 18 Febuari 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Hamzah Al-Fansuri, SMKA Tun Ahmadshah sewaktu Perhimpunan rasmi sekolah. Bersama-sama hadir dalam majlis ini adalah Insp. Muhammad Hidayatullah dan Insp. Mohd Shafiq Ulkaseh.

Be the first to comment on "Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMKA Tun Ahmadshah 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar