February 18, 2019


Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMKA Tun Ahmadshah 2019

Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom Ke Sekolah merupakan program kolaboratif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa(KSIB), komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan pihak sekolah dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid di sekolah. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif yang lebih mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan…


EXPLORASI DIRI SKEPSIH 2019

Ahad 17 Februari, satu program Eksplorasi Diri @ team building anjuran pentadbir Sk. Pengiran Siti Hafsah telah diadakan di kiulu bertempat di homestay Hjh. Sharifah (PKHem). Aktiviti water rafting dikendalikan oleh Pn.Eryanti (PKP) dan sebelah petang aktiviti gerko ‘dakapan mesra’ dan ‘lepaskan saya’ dikendalikan oleh Cg. Roslee (PKKokum). Aktiviti penutup ‘cangkul’ dikendalikan oleh GB Abd Kadir. Program telah berlangsung dengan jayanya.


Kejohanan Bola Baling peringkat Daerah Kota Kinabalu 2019

Kejohanan bola baling peringkat daerah Kota Kinabalu telah berlangsung pada 12 dan 13  Febuari 2019. Bagi kategori Lelaki bawah 18 tahun, SM ALL SAINTS telah berjaya menjadi Johan. Berikut adalah keputusan keseluruhan : Johan SM ALL SAINTS, Naib Johan SM ST PETER TELIPOK, Ketiga SMK INANAM, Keempat SM LA SALLE


KARNIVAL STREAM Together SMK SANZAC

Pada perhimpunan pagi ini bertarikh 18 Febuari 2019, satu pengenalan ringkas bagi aktiviti-aktiviti Karnival STREAM (Science Technology Reading Engineering Arts Mathematics) Together bersama pelajar dan guru- guru telah dijalankan selepas Pelancaran Program Jom ke Sekolah di tapak perhimpunan. Warga SMK SANZAC sama-sama menjayakan Karnival STREAM ini. #standtogether #streamtogether Tahniah team STREAM, Bidang Sains dan Matematik SMK SANZAC atas penganjuran karnival ini.  


Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Perutusan dari PDRM kepada pelajar-pelajar SMK SANZAC.

18 Febuari 2019 adalah satu tarikh bersejarah di mana SMK SANZAC menerima kunjungan dari PDRM. Program Jom ke sekolah merupakan program kerjasama diantara KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman. Program ini diwujudkan untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Usaha KPM dan PDRM ini berteras dengan slogan yang dimenangi…


PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALUi

“Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”. Itulah tema Program Jom Ke Sekolah tahun 2019. Majlis Pelancaran Program ini bagi Peringkat Daerah Kota Kinabalu telah diadakan di SMK Inanam. Seawal jam 7.00 pagi, Tuan Umin Hj. Sadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai Polis Daerah Kota Kinabalu dan Ketua-ketua Unit PPD telah menyertai Guru-guru SMK Inanam, menyambut ketibaan pelajar di pintu utama sekolah. Majlis diteruskan di dewan sekolah dengan penyampaian amat Ketua Polis Negara oleh Tuan…



Skip to toolbar