Sambutan Pesta Angpau peringkat sekolah telah diadakan di SJK(C) Che Hwa Kolombong pada 14 Februari 2019 bersamaan hari Khamis. Kehadiran daripada pihak Lembaga Pengurusan Sekolah dan ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua  serta para ibu bapa telah memeriahkan majlis yang penuh gilang-gemilang ini. Sambutan ini merupakan acara tahunan sempena perayaan Tahun Baharu Cina. Acara ini bermula dari pukul 7-10.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Negeri Sabah, YB Kenny Chua. Turut berlangsung majlis perasmian tiang bola keranjang , persembahan tarian singa dan pengagihan angpau dan limau mandarin kepada guru-guru dan murid-murid.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan