TAHNIAH! PASUKAN HOKI SMKL MENGEKALKAN KEJUARAAN SELAMA 16 TAHUN.

Smk Likas menamatkan Kejohanan MSSS Hoki Sekolah Menengah 18 Tahun ke Bawah (Lelaki dan Perempuan) Peringkat Daerah Kota Kinabalu sebagai JUARA BERGANDA selepas kejohanan itu berakhir pada 31.Januari.2019 yang lalu di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Likas.

Smk Likas memperoleh gelaran juara bagi kedua-dua kategori dibawah 18 tahun dimana pasukan perempuan mereka mengalahkan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu 1-0. Manakala pasukan lelaki dibawah 18 tahun pada perlawanan akhir masuk ke penentuan penalti untuk menentukan juara yang dimenangi oleh Smk Likas 2-1 keatas SM Lok Yuk Likas selepas kedua-dua pasukan selesai bermain 0-0.

SYABAS DAN TAHNIAH kepada Jurulatih Pasukan Hoki En.Dedi Saputra Mohd. Rasyid dan En. Indrarao A/L B. Ramulu serta guru pengiring Pn. Suzieyana Usli diatas komitmen yang tidak terhingga kerana masih kekal merangkul gelaran juara untuk kali yg ke 16 pada tahun ini untuk pasukan lelaki dibawah 18 tahun.

Be the first to comment on "TAHNIAH! PASUKAN HOKI SMKL MENGEKALKAN KEJUARAAN SELAMA 16 TAHUN."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar