Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 28-29 Disember 2018. Sepanjang dua hari ini pelajar baharu mengikuti aktiviti ice breaking dan diperkenalkan dengan kawasan sekolah oleh fasilitator iaitu pemimpin-pemimpin pelajar dari badan seperti Pengawas, Parlimen dan Pembimbing Rakan Sebaya. Taklimat-taklimat daripada Penolong Kanan Kurikulum, Puan Aw Kam Ooi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Razali Matali, Penolong Kanan HEM, En. Paternus Mujamah, Unit SPBT, Cik Sandra Jainuddin dan Lembaga Disiplin, Cik Chin Siew Kit juga diadakan  semasa orientasi ini. Pengetua SMJK Shan Tao, Puan Lee Li Leng juga turut bersama sepanjang aktiviti ini.

Be the first to comment on "Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar