Merah Juara Kejohanan Olahraga SMJK Shan Tao 2019

Kejohanan  Olahraga SMJK Shan Tao telah berlangsung pada 28 Januari dan 1 Februari 2019. Sukantara juga telah diadakan semasa pemilihan atlet bagi setiap rumah sukan sepanjang bulan Januari. Rumah Hijau telah menjuarai Larian Rentas Desa yang telah diadakan pada 5 Januari 2019. Rumah Hijau juga menjuarai Kategori Yell Terbaik, Tempat Ketiga Perbarisan Terbaik, Juara Battle of The Battle serta Tempat Ketiga Juara Keseluruhan kejohanan ini. Rumah Kuning menajdi Juara kategori Banner/Kain Rentang Terbaik. Rumah Merah Menjuarai Perbarisan Terbaik serta Juara Keseluruhan Kejohanan Olahraga SMJK Shan Tao 2019 dimana Olahragawan L15, L18 dan Olahragawati P18 dibolot oleh atlet-atlet rumah Merah. Tahniah dan syabas khususnya kepada atlet-atlet rumah Merah dan kepada semua yang mengambil bahagian serta menjayakan kejohanan ini.

Be the first to comment on "Merah Juara Kejohanan Olahraga SMJK Shan Tao 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar