Majlis Pelancaran #standtogether 2019

Majlis Pelancaran #standtogether 2019
Tarikh/Hari/Masa: 30 Jan 2019( Rabu ), 4.00 petang

Penganjur: Star Media Group
Tempat : Setia International Centre, KL Eco City

Mohammad Ikhwan Saiful sekali lagi mewakili SABAH dan SMK SANZAC. Di hadapan lebih kurang 6000 hadirin, Ikhwan bercakap tentang pengalaman berkaitan gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Ikhwan adalah jurucakap utama dalam majlis tersebut dan telah bercakap tentang usaha-usaha atau program Kindness School di SMK SANZAC sehingga membawa kepada perubahan yang sangat ketara dalam isu-isu buli di sekolah.

Antara yang disebutkan dalam ucapan Ikhwan adalah:
1. Program kindness SMK SANZAC
2. Program Plogging
3. Aktiviti bersama komuniti setempat dan lain-lain.

TAHNIAH IKHWAN! TAHNIAH SMK SANZAC!

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of