KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN  SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK RUMINDING

KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK RUMINDING

Permuafakatan semua warga Ruminding tidak kenal batas agama dan budaya

UNIK!!! Itulah ungkapan terhadap sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Ruminding 2018 yang lalu yang saya yakin dan percaya belum  pernah dibuat oleh mana-mana pihak sekalipun.

Apa yang istimewanya di SK Ruminding ni. Berikut disenaraikan 10 keunikan tersebut :

  1. Pertama kali diadakan semenjak sekolah ini dibuka pada 4 dekad yang lalu
  2. Sikap sporting dan santai kesemua staf dan murid yang 80 peratus bukan islam.
  3. Guru Besar En. Sani Brandi dengan selamba memakai songkok dalam perarakan.
  4. Kesemua guru dan murid turut serta dalam perarakan maulidur Rasul di padang sekolah ( hanya 6 individu beragama Islam sahaja daripada keseluruhan 18 orang staf dan murid)

  1. Kesemua murid ikut serta secara total dalam aktiviti sempena maulidur Rasul termasuk pertandingan tulisan Jawi tercantik, perarakan dan ceramah Maulidur Rasul.
  2. Murid bukan Islam berjaya membolot tiga tempat teratas dalam pertandingan tulisan jawi.
Adik Presley Philips pemenang utama pertandingan tulisan jawi
  1. Kesemua murid bergotong royong menyiapkan sepanduk untuk perarakan.