KEMBARA KELAB BUMI GEMILANG KE RUSIA

Kelab Bumi Gemilang SKK SJK( C ) St.James telah menyertai pertandingan Tarian World Folk Vision-Winter yang berlangsung di Rusia. Pertandingan ini berlangsung dari 5 Januari hingga 10 Januari 2019 yang melibatkan negara Rusia,Itali, Bulgaria dan negara-negara Eropah. Seramai 13 orang murid dan 7 orang bekas murid SKK SJK ( C ) St.James telah menyertai pertandingan ini. Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Yee Wai Kiong. Pasukan tarian ini telah mendapat 10 pingat emas dan 8 pingat perak dari pertandingan yang dianjurkan. Manakala, adik Bryan Chin Zi Yang pula dianugerahkan Pingat Emas dalam kategori tarian solo. Selain itu, Muzik Bambu yang dipertandingkan juga mendapat Pingat Emas.

Spread the love

Be the first to comment on "KEMBARA KELAB BUMI GEMILANG KE RUSIA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*