PERKONGSIAN HEBAT DARIPADA SEORANG GURU CEMERLANG SMK SANZAC

Jemputan Perkongsian Amalan Penghasilan Kerja Inovasi Dalam Sesi Penghakiman Pusingan Kedua bagi Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019.

Tarikh : 28 Januari 2019
Masa : 8.40 – 9.40am
Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 3, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Guru : Pn. Norlyziah binti Ali Hussein

Cikgu Norlyziah, guru cemerlang SMK SANZAC telah berkongsi pengalaman dalam menghasilkan inovasi dari aspek proses penghasilan inovasi, penulisan laporan inovasi & pembentangan inovasi semasa penilaian peringkat negeri & kebangsaan. Ini kerana Cikgu Norlyziah merupakan ketua kumpulan guru inovatif dalam Pertandingan Anugerah Guru Inovatif. Kumpulan Cikgu Norlyziah sebelum ini telah berjaya mendapat Johan Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan di peringkat Negeri pada Tahun 2017 & 2018 serta Naib Johan Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2017 & 2018.

TAHNIAH CIKGU NORLYZIAH! 

Spread the love

Be the first to comment on "PERKONGSIAN HEBAT DARIPADA SEORANG GURU CEMERLANG SMK SANZAC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*