Pembentangan Anugerah Inovatif Guru (pusingan 2)

Tarikh pembentangan:  28 & 29 Januari 2019

Tempat: Wisma Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Peringkat: Negeri

SMK SANZAC adalah sebuah sekolah yang terkenal dengan produk inovasi akademik. Pada tahun ini juga, SMK SANZAC merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai 2 penyertaan yang terpilih untuk penilaian pusingan kedua bagi Anugerah Guru Inovatif.

Produk inovasi yang dipertandingan ialah:
“KIPAS KRONOLOGI” bagi kategori individu. Usaha kreatif Cikgu Suzanah Jumat, seorang guru Tingkatan 6 dari SMK SANZAC.

Kipas kronologi adalah inovasi berkaitan BBM (guru) dan BBB (pelajar) .Keunikannya kipas ini adalah ia dapat menyusun atur peristiwa besejarah tanahair secara berkronologi dari tahun 1400 sehingga tahun 1963. Diharapkan agar inovasi ini dapat menarik minat, motivasi dan meningkatkan kemahiran pelajar menyusun atur peristiwa bersejarah secara tertib. -Suzanah Jumat

“APT – Ruler” bagi Kategori Kumpulan. Produk ini adalah hasil usaha kreatif 3 orang guru bernama

Cikgu Lim Yi Wei, Surin Jalaludin dan Kuit Vui Ket.

APT Ruler merupakan alat yang membantu murid untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri dalam menyelesaikan soalan Integer yang abstrak. APT Ruler atau “aku pun tahu” bukan sahaja untuk matapelajaran matematik malahan untuk matapelajaran lain seperi RBT, Sains, geografi, GKT dan Rekabentuk. APT Ruler mempunyai fungsi 5 dalam 1 iaitu mengira integer, membina dan mengukur sudut, melukis bulatan, membina garis serenjang dan mempunyai panjang 30cm.

TAHNIAH GURU-GURU INOVATIF SMK SANZAC.

MOGA DUA KUMPULAN GURU-GURU INI DAPAT MELANGKAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN. 

SYABAS!

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan