January 29, 2019



Dahlia Hadzrina, SRK Lok Yuk Likas bakal ke Jepun Acara Gimrama.

Dahlia Hadzrina Binti Hadzlan telah berjaya melangkah ke final kategori individual Pre-Junior Aparatus Riben untuk peringkat kebangsaan pada 20 hingga 24 Mac 2018 yang bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.   5th Takasaki Silk Cup (Japan) bakal menjadi saksi apakah kemenangan yang bakal dibawa oleh adik Dahlia Hadrina Binti Hadzlan pada 15 Februari hingga 17 Februari 2019 untuk kategori Junior Individual Overall, acara bola dan belantan. Sama-sama kita doakan.



Wirawati Firra Delia Mohd Faizal, SRK Lok Yuk Likas Berjaya Menempah Nama Di Kejohanan Asian-K Di Thailand

Pada 7 – 9 Disember 2018, adik Firra Delia telah mewakili Malaysia ke Bangkok Thailand. Adik Firra Delia berjaya mendapat tempat yang ke 24 daripada 98 orang wakil dari negara lain. Tempat latihan adik Firra selama ini adalah bertempat di Sabah Indoor Climbing Centre, Sabah. Sebelum ini adik Firra Delia berjaya mendapat tempat pertama kejohanan UCC 2nd Climbing Competition Brunei Darussalam Novice female U-12 2016. Selain itu murid ini juga berjaya mendapat tempat kedua campuran…


CAMP OUT BY THE RIVER

   19-20 Jan 2019: SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu telah diberi penghargaan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti “Moonlight Cinema”yang dianjurkan oleh Tamparuli living art centre.Pihak penganjur telah menjemput tiga panel iaitu Marc Abas pembuat filem tempatan,Sebastian Wojick pengarah filem pendek dari France dan Cikgu Iroet Marteni dari SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu untuk mengupas dan berkongsi idea mengenai filem masing-masing.Slot ini telah dikendalikan oleh Nadira Ilana yang merupakan pembuat filem dan penulis skrip tempatan.Untuk rekod filem…


Acara merentas desa peringkat SK Tampulan Telipok

14/1/2019 (Isnin) – SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu berjaya mengadakan acara merentas desa peringkat sekolah.Acara ini merupakan acara tahunan sekolah untuk menyemai minat murid dalam penjagaan kesihatan.Acara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Tampulan Encik Fo Nee Khen.


Skip to toolbar