Temasya Sukan Sekolah SMK SANZAC kali ke-47

Pada hari Rabu, 16 Januari 2019 hingga Khamis 17 Januari 2019 yang lepas, SMK SANZAC Kota Kinabalu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-47 di Stadium Kompleks Sukan Penampang dengan jayanya. Hampir semua pelajar SMK SANZAC telah hadir untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan juga aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pasukan SZC Dance-robic di bawah bimbingan Puan Nowenna Willie. Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu telah melapor diri. Terdapat 11 acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya ialah merejam lembing, lempar cakera, lompat jauh dan sebagainya.

    Raptai bagi acara lintas hormat perbarisan juga telah dijalankan pada hari pertama temasya sukan. Majlis bersurai pada pukul 1.30 tengahari. Acara sukan tahunan SMK SANZAC telah disambung pada hari kedua iaitu pada 17 Januari 2019. Dimulakan dengan acara senamrobik dan seterusnya mempertandingkan 8 lagi acara sukan bagi peringkat akhir iaitu 800 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, 200 meter, 400 meter, 4 x 400 meter dan 4 x 100 meter yang telah dimulakan selepas peserta melapor diri pada pagi tersebut.

Acara ibu bapa dan guru telah memeriahkan majlis dan sebelum berlangsungnya acara lintas hormat perbarisan, pasukan lompat tali sekolah di bawah bimbingan Puan Fauziah Haji Moksin telah mempersembahkan persembahan mereka di depan khalayak diikuti dengan pertandingan perbarisan.

Majlis penutupan perasmian dimulakan dengan ucapan perasmian penutup, acara penyampaian hadiah dan upacara menurunkan bendera temasya. Selepas itu, upacara penyerahan bendera  dan penyampaian cenderamata kepada perasmi. Akhir sekali, pada jam 2 petang, semua pelajar dan guru-guru bersurai.

Gambar Sepanjang Hari Temasya Sukan SMK SANZAC

Be the first to comment on "Temasya Sukan Sekolah SMK SANZAC kali ke-47"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar