January 28, 2019

#MyGeekmovement SHELL STEM Malaysia

Pada 23 Januari 2019, telah berlangsung #MyGeek-a-thon kali ke-2 bertempat di Dewan SAC, Kampus Junior, SM La Salle. Program ini merupakan acara kemuncak setelah pelajar yang terlibat (#MyGeekCrews) selesai menjalani 32 jam bengkel bersama-sama dengan #MyGeekCoach: Mdm Jasmin dan Mr Gan. Untuk info lanjut sila layari pautan berikut : #MyGeekmovement SHELL STEM Malaysia



Guru SMK Bandaraya KK antara wakil K-Novasi Peringkat Kebangsaan di UKM

23-24 Jan 2019: Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada dua guru dari SMKBKK iaitu Cikgu Hanita dan Ustazah Azlinda yang telah meraih 1 perak dan 3 gangsa dalam K-Novasi Pengajaran&Pembelajaran dan Symposium Educator 4.0 yang telah diadakan di DECTAR UKM, Selangor. Pencapaian kedua-dua guru ini pastinya mengharumkan nama sekolah dan terus membakar semangat agar rakan guru lain juga akan menjana kreativiti dan inovasi dalam pengajaran.


BENGKEL E-PEMBELAJARAN & INOVASI MELALUI SISTEM SWIPE TAHUN 2019 – SM TINGGI

25/1/2019 (Jumaat) – SM Tinggi Kota Kinabalu telah melaksanakan Bengkel E-Pembelajaran & Inovasi dengan menggunakan Sistem SWIPE (Smart Wireless Interactive Presentation & Education System). Bengkel berkenaan disampaikan oleh Encik Johnson Lew (Pengarah Eksekutif Syarikat E-One Sdn Bhd) dengan kerjasama Unit ICT Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Seramai 43 orang guru telah menghadiri bengkel tersebut dari jam 1.30 pm hingga 4.30 pm. SWIPE merupakan antara langkah pelaksanaan PdPC yang direka untuk Pendidikan Abad Ke-21, seperti Flipped Classrom,…


Temasya Sukan Sekolah SMK SANZAC kali ke-47

Pada hari Rabu, 16 Januari 2019 hingga Khamis 17 Januari 2019 yang lepas, SMK SANZAC Kota Kinabalu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-47 di Stadium Kompleks Sukan Penampang dengan jayanya. Hampir semua pelajar SMK SANZAC telah hadir untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan juga aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pasukan SZC Dance-robic di bawah bimbingan Puan Nowenna Willie. Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu telah melapor…


Skip to toolbar