(23 JANUARI 2019: RABU): Pasukan lelaki SK Inanam Laut (SKIL) berjaya menjadi johan pertandingan Bola Baling bawah 12 tahun Zon Inanam. Dalam perlawanan akhir, pasukan SKIL berjaya menebus kembali kekalahan dalam peringkat kumpulan terhadap lawan yang sama.

FINAL: SKIL (PINK) VS SKID (BIRU)

Sementara itu, bagi kategori perempuan pula, pasukan SKIL berjaya menjadi Naib Johan setelah tumpas kepada SKID.

FINAL: SKIL (HIJAU) VS SKID (KUNING)

Tahniah kepada jurulatih, pengurus pasukan dan guru pengiring yang bertungkus lumus dari pagi hingga ke petang menjaga dan memastikan makan minum para pemain mencukupi.

Leave a Reply